Archive

Posts Tagged ‘tali sawat’

PERNAHKAH ANDA MENGALAMI MASALAH BELTING PUTUS

August 27, 2009 3 comments

Ehsan dari Forum JKNJ

Ramai yg mengambil remeh terhadap belt getah yg berputar pada pulley sebelah tepi blok utama enjin nie,
barang nie walaupun harganya tak seberapa tapi mampu membuatkan tuannya merana di tepi jalan (bagi yg tau pandu tapi langsung tak penah ambil tahu apa yg terselindung di sebalik penutup hood ketenyer…

MEMERIKSA TALI SAWAT (BELTS)

Tali-tali sawat perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali. Secara amnya, kita perlu ler pastikan belts yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang tanda-tanda lusuh, frayed atau pecah-pecah. Banyak komponen di dalam enjin kereta anda seperti alternator, kipas serta water pump bergantung kepada tali sawat untuk beroperasi. Jika tali sawat tersebut putus, komponen tersebut akan gagal beroperasi. Kalau timing belt anda yang putus plak, ini akan mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada komponen dalaman enjin seperti valve dan piston dan biasanya enjin korang terpaksa di overhauled.

Cara memeriksa:-
Terbalikan sedikit tali-tali sawat, kereta anda supaya korang dapat melihat bahagian bawah tali tersebut. Biasanya berbentuk V atau berlekok-lekok. Kemudian perhatikan sama ada:-
• Rekahan yang menandakan tali sawat tu akan putus pada bila-bila masa.
• Tali sawat itu berminyak yang menandakan ia akan terluncur dan tidak akan menjalankan komponen yang bergantung kepadanya.
• Tali sawat yang sepuh mempunyai permukaan yang berkilat yang biasanya terjadi akibat pemasangan tali sawat yang longgar dan tidak ketat.
• Terdapat kekoyakkan dan perlu segera diganti.

Kalau anda tak pernah bukak enjin dan tak tau tali sawat keto anda tu kat mana, sebelum membetulkan tali-tali sawat anda, semak terlebih dahulu manual kereta anda untuk panduan kat mana ia terletak, heheeh. Cari bahagian yang terpanjang dan cuba tolak bahagian tersebut ke bawah. Jika anda boleh menolak tali tersebut melebihi 8mm, ini menandakan tali sawat keto anda longgar dan kalau kurang plak, tu menandakan tali tu ketat sangat. Kebanyakan tali sawat dibetulkan dengan melonggarkan sokongan pada alternator dan menggerakkan komponen tersebutke belakang atau ke hadapan. Cara membetulkan tali sawat ni biasanya adalah seperti berikut:-
• Longgarkan nat yang terdapat pada penyokong alternator.
• Selitkan sebatang besi diantara bahagian kukuh enjin dan alternator
• Tarik besi tersebut ke arah yang sesuai supaya housing alternator tu dapat mengetatkan atau melonggarkan tali sawat. Apabila tali tersebut sudah berada pada kekekatan yang sesuai, ketatkan semula nat yang menyokong alternator tadi, kemudian periksa semula tali tersebut sama ader sudah sesuai atau tidak.

Kalau nak tukar tali sawat plak, prosesnya lebih kurang sama jer, cuma kali nie tarik keluar tali sawat yang sudah dilonggarkan tadi. Kemudian gantikan dengan yang baru dan double check sama ada saiznya betul atau tidak. Jika sudah ok, hidupkan enjin dan perhatikan perjalanan tali sawat tersebut. Kemudian matikan enjin dan periksa sekali lagi ketengangan tali sawat tu. Lastly, buat keje nieh sebenonya susah giler dan berpeluh dan tak semudah yang anda baca nieh, jadi saya cadangkan hantar ajer la kat kedai, kasi la pomen keto yang buat.

P/S : JANGAN LUPA BUAT CATATAN TARIKH DAN BACAAN ODOMETER BAGI SETIAP SERVIS ATAU SEBARANG PENUKARAN KOMPONEN ENJIN / SISTEM BERJADUAL contohnya “Timing Belt, tarikh tukar 1.07.2008, bacaan odometer=70000″ Jangkaan tukaran akan datang adalah pada 140000km.

Adakan satu buku kecil yang mencatatkan segala kerja2 servis kenderaan anda dan simpan dalam Glove Box kenderaan anda sebagai rujukan supaya ianya diservis mengikut jadual,
Beringat Sebelum Rosak, Ganti Sekiranya Haus, Kerosakan yang diakibatkan oleh kelewatan jadual servis akan mengundang kos yang lebih tinggi untuk pembaikan serta menyebabkan kenderaan berada lebih lama di bengkel dari memberi khidmat yang diperlukan oleh tuannya.

Categories: Others Tags: , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.