Home > Others > Batas Pergaulan Dalam Percintaan

Batas Pergaulan Dalam Percintaan


Perasaan kasih dan sayang adalah anugerah kepada makhluk Allah di muka bumi ini.

Pada asasnya, hukum bercinta, berkasih sayang dan berpasangan adalah harus manakala naluri manusia tidak terbatas dalam soal ingin menyayangi serta saling mengasihi.

Namun, kebanyakan pasangan yang bercinta sering melupakan batas tertentu yang digariskan oleh hukum agama dan sosial. Bagi mereka yang masih muda, beberapa perkara berikut harus direnung sebaik mungkin:

# Tidak mempunyai niat yang baik.

Sesebuah perhubungan istimewa antara lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru, sebarang perhubungan sekadar untuk berhibur dan bersuka-suka tidak seharusnya dijalin.

# Tidak mematuhi syariat agama.

Lumrah berpasangan seakan tidak dapat lari daripada aktiviti bertemu janji, berbelanja atau membeli-belah.

Paling tidak, pasti dalam bertemu janji itu berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan.

Paling penting, apabila syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara atau perbuatan, wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan itu turut diharamkan.

# Menjatuhkan maruah (peribadi) wanita. Apabila pasangan bercanda, peribadi seorang wanita Muslimah sering dipersoalkan manakala khalayak tidak berbicara mengenai si lelaki.

Masyarakat sering mempersoalkan begitu mudah si perempuan membiarkan dirinya diusung ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan itu sudah dimiliki.

Apabila berlaku perpisahan, masyarakat mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan hingga akhirnya berlaku tohmahan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan wanita.

Islam amat prihatin mengenai aspek menjaga maruah wanita lalu, atas dasar itulah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan dengan tujuan memelihara kehormatan wanita.

# Membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar.

Dalam budaya berpasangan, biasanya lelaki banyak menghabiskan wang pinjaman tajaan pengajiannya atau wang pemberian ibu bapa untuk memenuhi kehendak pasangannya.

Baik makan minum atau sehingga penambahan kredit telefon bimbit yang tidak terkawal, segalanya memerlukan perbelanjaan.

Fikir dulu sebelum berhabis apatah lagi perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta adalah amalan syaitan.

# Membuang masa pada perkara yang tidak sewajarnya.

Gunakan waktu untuk perkara yang bermanfaat bukannya meluangkan waktu dengan perbuatan yang ditegah oleh Allah.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: