Home > Others > Petua Mendapatkan Jodoh

Petua Mendapatkan Jodoh


Setiap orang mempunyai jodohnya yang ditentukan Allah. Sebenarnya Allah s.w.t menjadikan manusia berpasang-pa sangan.

Allah berfirman, maksudnya: “Dan Allah menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan (isteri)…” (an-Nahl (16): 72).

“Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan)” (Fatir (35): 11).

Dengan itu anda tidak perlu berputus asa untuk mendapat jodoh, lebihkan doa kepada Allah, berusaha dan seterusnya bertawakal kepada-Nya.

Anda sendiri dengan bantuan ahli keluarga dan kawan boleh berusaha menemui jodoh. Biasanya jodoh ditemui dengan orang yang dikenali, dekat dan biasa bertemu.

Banyak petua mendapat jodoh yang dikemukakan. Bagaimanapun, menggunakan cara yang dilarang Islam seperti sihir tidak sepatutnya dilakukan. Mandi bunga dengan mantera sihir hendaklah dielakkan.

Antara petua mendapat jodoh ialah:

(1) Membentuk perwatakan diri yang menarik sama ada luaran atau dalaman. Ini termasuk membentuk peribadi menarik, menjaga penampilan wajah dan badan, menyayangi orang lain dan jangan mementingkan diri sendiri, bergaul serta berkomunikasi dengan semua orang dengan baik dan mesra. Usah jual mahal dengan orang lain dengan me nyombong diri.

(2) Memulakan usaha untuk berkenalan dengan orang lain secara langsung atau menerusi teman rapat dan taulan. Contohnya menyapa dengan baik, menelefon dan sebagainya. Ia tidak salah malah pernah dilakukan Khadijah, isteri pertama Nabi s.a.w.

Jangan takut digelar ‘seperti perigi mencari timba’ dalam perkara yang baik ini. Kita mungkin boleh berkomunikasi secara fikiran dengan menghantar hasrat murni dan kasih sayang kepada bakal kenalan.

(3) Menjaga hubungan dengan kenalan atau pasangan dengan baik dan penuh hormat. Kebanyakan lelaki suka kepada pasangan yang sederhana dan tidak materialistik (mementingkan harta), berterima kasih dengan pemberian serta sentiasa reda dengan segala yang ada.

(4) Sentiasa belajar untuk membaiki diri, perangai dan perwatakan diri. Ini termasuk kemahiran berkomunikasi, memperlihatkan sifat wanita yang sebenar dan jangan mudah menempelak kelemahan lelaki.

Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Categories: Others
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: