Archive

Archive for August, 2009

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

August 31, 2009 6 comments

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52

August 31, 2009 11 comments

Salam,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-52 pada tahun 2009 kepada semua rakyat malaysia khususnya. So pada pagi td, aku telah pergi ke Dataran Segamat. Pada mulanya datang untuk turut serta dalam kawad statik bersama-sama anggota office aku. Tp bila aku dah bawak kamera, mmg tak toleh kiri kanan dah..terus je snap apa yang ada di dataran tu. Sederhana tapi meriah juga keadaan di dataran segamat. Ramai rakyat-rakyat segamat turun padang. so kat sini aku ada snap sket2 utk paparan kawan2 yang tak hadir di dataran segamat. Sebelum tu, aku jmpe GG kat dataran.dia pon click2 jugak. dan ada la jugak beberapa org photographer dari paper dan persendirian utk click2 kemeriahan di dataran segamat. Enjjooyyy….

Lokasi : Dataran Segamat
Tarikh : 31 Ogos 2009
Masa : 8.00pagi – 9.00pagi


* Silhouette di Dataran Segamat

* Potret seorang pemimpin

TT Senawang #1

August 30, 2009 11 comments

Terima kasih kepada yang sudi hadir pada TT Senawang kali ini. TT Senawang telah berlangsung pada 7 Ogos 2009 di Kedai Makan Sate Tulang (x ingat nama kedai)…Yang menghadirkan diri adalah KeyGen, NazrulSyam, beskalpancit, Pambeskal & Aizam..terima kasih kepada semua sebab aku enjoy mlm tu wlupun kepenatan sket..padahal esoknya ada job di Puchong, KL.wahaha..wat hal betul dak2 ni..last destinasi pada TT ni adalah A & W Seremban..lamo den tak mkn kat A & W weh..miahhaa..apa2 pun enjooyyy….

View more pictures : CLICK HERE


Bermain menggunakan flash trigger Phottix šŸ™‚

NazrulSyam bersama Aizam sedang borak pasal kamera

Beskalpancit & Pambeskal sedang menggodeh tenet

Eiden & Aizam tgh tgk Nikon D90 milik diorang

Hooooorraayy…

1..2..3..Lompatt….

Categories: TT Tags: , , , , ,

Canon SLR 888

August 29, 2009 15 comments

View more picture at : http://www.lurima.net

Talent : Syazlinna@LynN

Beskal buroks ku šŸ™‚

Penyepit baju mak ku šŸ˜€

Motor buruks warna hijau milik bapak ku šŸ˜€

J Entercom – Kiss [Because I’m A Girl]

August 29, 2009 7 comments

Video klip yang sedih pasal seorang jurugambar. MEsti tengok.. šŸ˜€ šŸ˜›

PENAMBAHAN AKSESORI DI KERETA

August 27, 2009 8 comments

INI ADALAH PANDUAN RINGKAS KEPADA SESIAPA YANG SUKA MENAMBAH AKSESORI PADA KENDERAAN PASTIKAN ALAT TAMBAHAN YANG ANDA PASANG ADALAH TERGOLONG DALAM AKSESORI YANG DIBENARKAN PENGGUNAANNYA OLEH JPJĀ  JIKA TIDAK TINDAKAN UNDANG-UNDANG MENGIKUT PERUNTUKAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN AKAN DIKENAKAN TERHADAP ANDA….

P/S : BERINGAT SEBELUM KENA SAMAN…

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

  1. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  2. Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
  3. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  4. Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
  5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

  1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
  2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
  3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
  4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
  5. Pengubahan ke atas sistem brek.
  6. Pengubahan ke atas sistem steering.
  7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
  9. Penukaran enjin.
  10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

  1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
    Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
  2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
  3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

TANDA AMARAN HAZARD / BREAKDOWN

August 27, 2009 3 comments

Ehsan dari Forum JKNJ

BERAPA RAMAI DI ANTARA KITA YANG DALAM BUT KERETA MEREKA ADA TANDA AMARAN INI? BILA DAN DALAM SITUASI BAGAIMANA IANYA PERLU DI GUNAKAN?

Tiada sesiapa pun yang dapat menjangkakan bila, atau dimana kenderaan mereka akan rosak. Semua orang akan berharap perjalanan sentiasa lancar tanpa sebarang masalah perlu ditempuhi semasa perjalanan pemanduan.
Walau apa pun mungkin ramai yang pernah mengalami kejadian tayar pancit di tempat yang tak sepatutnya alat iniĀ adalah berguna sebagai amaran awal kepada pemandu lain terutama yang datangĀ dari arah belakang kenderaan anda yang mengalamiĀ kerosakan.

Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di jalan yang lurus dan kurang sibuk seperti di kawasanĀ luar bandar jarak yang sesuai di letakkan tanda amaran ini adalah 10-15 meter di belakang kenderaan anda.
Sekiranya anda terpaksa berhenti di suatu kawasan berselekoh yang amat terlindung pastikan andaĀ telah meletakkan kenderaan seboleh mungkin berada diluar kawasan berturapĀ jalan tersebut supayaĀ kenderaan yang datang dari arah belakangĀ tidak akan terlanggar kenderaan anda. Jika bahu jalan terlalu sempit hingga anda terpaksa memberhentikan kenderaan di atas jalan pastikan anda menyalakan lampu hazard kenderaan anda dan letakkan tanda amaran segitiga melepasi selekoh yang terlindung di belakang kenderaan anda supaya pemandu yang datang dari arah belakang kenderaan anda berupaya mengesan kehadiran kenderaan anda itu apabila mereka terlihat tanda amaran berkenaan ( jarak minima 40 ke 50 meter bagi selekoh berbentuk ‘NĀ ‘ atau ‘Z’).

Sekiranya anda meletak tanda amaran kurang dari jarak berkenaan kemungkinan untuk kenderaan lain melanggar anda adalah tinggi sekiranya kelajuan kenderaan yang datang itu melebihi 90kmj.

keselamatan andaĀ bermula denganĀ usaha dan keperihatinan anda terhadap diri sendiri.