Home > Others > PUASA BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MAKAN SECARA SIHAT

PUASA BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MAKAN SECARA SIHAT


Artikel dari Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak  hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.

Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa

Kebanyakan daripada kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah untuk berbuka puasa. Apa yang paling penting ialah untuk tidak makan secara berlebihan dan adalah digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.

Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat. Secara ideal, diet semasa berbuka puasa adalah seperti berikut :

Berbuka

3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur  dan 1 keping kuih.

Makan malam

11/2 cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.

Makan lewat malam (moreh)

Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic kacang atau buah-buahan.

Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa  berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan  kepada perut anda di siang hari. Manakala, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi pula boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Sahur

Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu Subuh. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan. Ini kerana tenaga yang diambil daripada makanan sebelum tidur akan disimpan di dalam badan sebagai lemak.

Semasa bersahur , adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur.

Ramadhan merupakan satu peluang untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula. Beri perhatian juga pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana selagi ia tidak memudaratkan. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati agar tidak menjejaskan pengambilan nutrien. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam.

Categories: Others Tags: ,
  1. August 22, 2009 at 5:27 AM

    inFo yg bgs.

  2. August 22, 2009 at 10:18 AM

    salam.

    selamat berpuasa….

  3. August 22, 2009 at 4:08 PM

    duke :
    inFo yg bgs.

    mmg bagus sgt pon..ehehhee..

  4. August 22, 2009 at 4:10 PM

    hanis :
    salam.
    selamat berpuasa….

    selamat berpuasa pada kamu jgk..ehehhe..

  5. August 22, 2009 at 11:01 PM

    lurima :

    duke :inFo yg bgs.

    mmg bagus sgt pon..ehehhee..

    kehkehkeh.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: