Home > Others > PENAMBAHAN AKSESORI DI KERETA

PENAMBAHAN AKSESORI DI KERETA


INI ADALAH PANDUAN RINGKAS KEPADA SESIAPA YANG SUKA MENAMBAH AKSESORI PADA KENDERAAN PASTIKAN ALAT TAMBAHAN YANG ANDA PASANG ADALAH TERGOLONG DALAM AKSESORI YANG DIBENARKAN PENGGUNAANNYA OLEH JPJ  JIKA TIDAK TINDAKAN UNDANG-UNDANG MENGIKUT PERUNTUKAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN AKAN DIKENAKAN TERHADAP ANDA….

P/S : BERINGAT SEBELUM KENA SAMAN…

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

  1. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  2. Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
  3. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  4. Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
  5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

  1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
  2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
  3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
  4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
  5. Pengubahan ke atas sistem brek.
  6. Pengubahan ke atas sistem steering.
  7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
  9. Penukaran enjin.
  10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

  1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
    Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
  2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
  3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

  1. August 27, 2009 at 10:00 AM

    wah payah2. nak beli keta sorong je la mcm ni…

  2. August 27, 2009 at 11:31 AM

    jimat pon jimat guna keta sorong weh..😀😛

  3. August 27, 2009 at 1:46 PM

    amboi..sejak bile ko jd agen kete ni? kekekeke😛

  4. August 27, 2009 at 2:10 PM

    copy paste jerk info2 tu..aku bukan ada keta pon..ahahaha..😀😛
    untuk kawan2 jgk..ngee ngee..

  5. August 27, 2009 at 8:43 PM

    jom ler same2 beli keta sorang sifuu

  6. August 29, 2009 at 12:31 PM

    wahhhhh.. aku tergodaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

  7. August 29, 2009 at 5:35 PM

    ajim :wahhhhh.. aku tergodaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ape yg ko tergoda bumplOnk

  8. August 29, 2009 at 5:39 PM

    tergoda nak beli aksesori keta baru la tow..ke nak beli kereta baru?hahahha..oit jijie..sonyap jerk..mst ada pojek beso ni..siot..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: