Home > Others > TANDA AMARAN HAZARD / BREAKDOWN

TANDA AMARAN HAZARD / BREAKDOWN


Ehsan dari Forum JKNJ

BERAPA RAMAI DI ANTARA KITA YANG DALAM BUT KERETA MEREKA ADA TANDA AMARAN INI? BILA DAN DALAM SITUASI BAGAIMANA IANYA PERLU DI GUNAKAN?

Tiada sesiapa pun yang dapat menjangkakan bila, atau dimana kenderaan mereka akan rosak. Semua orang akan berharap perjalanan sentiasa lancar tanpa sebarang masalah perlu ditempuhi semasa perjalanan pemanduan.
Walau apa pun mungkin ramai yang pernah mengalami kejadian tayar pancit di tempat yang tak sepatutnya alat ini adalah berguna sebagai amaran awal kepada pemandu lain terutama yang datang dari arah belakang kenderaan anda yang mengalami kerosakan.

Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di jalan yang lurus dan kurang sibuk seperti di kawasan luar bandar jarak yang sesuai di letakkan tanda amaran ini adalah 10-15 meter di belakang kenderaan anda.
Sekiranya anda terpaksa berhenti di suatu kawasan berselekoh yang amat terlindung pastikan anda telah meletakkan kenderaan seboleh mungkin berada diluar kawasan berturap jalan tersebut supaya kenderaan yang datang dari arah belakang tidak akan terlanggar kenderaan anda. Jika bahu jalan terlalu sempit hingga anda terpaksa memberhentikan kenderaan di atas jalan pastikan anda menyalakan lampu hazard kenderaan anda dan letakkan tanda amaran segitiga melepasi selekoh yang terlindung di belakang kenderaan anda supaya pemandu yang datang dari arah belakang kenderaan anda berupaya mengesan kehadiran kenderaan anda itu apabila mereka terlihat tanda amaran berkenaan ( jarak minima 40 ke 50 meter bagi selekoh berbentuk ‘N ‘ atau ‘Z’).

Sekiranya anda meletak tanda amaran kurang dari jarak berkenaan kemungkinan untuk kenderaan lain melanggar anda adalah tinggi sekiranya kelajuan kenderaan yang datang itu melebihi 90kmj.

keselamatan anda bermula dengan usaha dan keperihatinan anda terhadap diri sendiri.

  1. August 27, 2009 at 10:01 AM

    benda ni ptt beli keta dia kasi freee

  2. August 27, 2009 at 11:32 AM

    skrg ni mana ada benda free..masuk tandas pon bayar tau..😀😛

  3. August 27, 2009 at 8:44 PM

    tu tandas. ni beli keta pakej ler.🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: