Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Rahsia Tafsiran Mimpi

December 1, 2008 Leave a comment

Mimpi adalah gambaran, pemikiran dan perasaan yang dialami ketika kita tidur dan ini berkait rapat dengan tidur gerak mata cepat.

Kandungan dan tujuan biologi mimpi tidak dapat difahami sepenuhnya, walaupun topik ini mendapat perhatian umum sejak berabad lamanya. Kajian saintifik mengenai mimpi dipanggil sebagai oneirologi.

Kajian menunjukkan terdapat sekumpulan tema yang kerap berlegar dalam mimpi. Antaranya ialah situasi membabitkan sekolah, dikejar, berlari dengan perlahan, seakan-akan terjatuh, datang lambat, seseorang yang masih hidup tiba-tiba mati, gigi tercabut dan saat memalukan.

Menariknya, hanya 12 peratus daripada kita yang pernah bermimpi dalam hitam putih. Ada orang berpendapat mimpi itu mainan tidur semata-mata, namun ada juga yang mengambil perhatian serius terhadap mimpi mereka. Katanya, mimpi memberikan semacam satu petunjuk dalam meneruskan kehidupan.

Berikut serba sedikit mengenai makna mimpi (ini hanya tafsiran dan ketepatannya tidak diyakini seratus peratus):

Labah-labah – Melihat labah-labah bermakna anda akan menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan.

Labah-labah yang besar – bermakna kejayaan akan cepat tiba. Tetapi, jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akan timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda.

Tingkap – Jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta.

Air – Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.

Ular – Jika anda seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang.

Sekiranya anda sudah pun berkahwin – ia bermakna anda akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular berwarna-warni, bererti kebahagiaan akan menjelma.

Mimpi melihat ular yang banyak sekali – bermakna akan panjang umur. Namun awas, jika anda bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna ramai yang memusuhi anda.

Wang – Jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akan memperoleh rezeki yang halal. Mimpi mendapat wang saja bermakna anda akan jatuh sakit.

Mimpi menyebar wang – bermakna akan menderita kerugian kerana melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mimpi menabung wang bermakna akan dibenci atau diperdaya orang.

Topi – Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda akan semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda.

Terbang – Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat, bermakna akan datang tawaran istimewa kerana anda yang mempunyai kelebihan yang sangat berharga.

Kalau diri anda yang terbang – ertinya anda akan memperoleh satu pengalaman atau ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam hidup atau kerjaya anda.

Salji – Jika anda bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermakna ada berita gembira menanti anda.

Itu antara maksud tertentu dalam mimpi, sama ada ingin mempercayainya atau tidak, terpulang. Tetapi, jangan pula terlalu taksub dengan mimpi kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri.

Advertisements
Categories: Uncategorized

Tip Percintaan – Berani katakan tidak

December 1, 2008 Leave a comment

Tip Percintaan

Percaya kepada perkara yang melibatkan mitos mahupun berunsurkan cerita dongeng adalah lumrah kehidupan manusia hari ini. Lebih-lebih lagi pasangan yang sedang mabuk bercinta.

Padahal, terdapat beberapa mitos yang belum pasti kesahihannya, bahkan kadangkala menyesatkan.

Pandangan yang memesongkan ini juga kerap kali berlaku dalam hal yang melibatkan pertikaman lidah atau perang mulut di antara dua pihak, sehingga menyebabkan berlakunya kekerasan dalam perhubungan.

Akibat mitos, ramai wanita menjalani kehidupan tanpa rasa bahagia dan tidak berdaya lagi melawan kudrat kejantanan si lelaki, meskipun ia terjadi berulang kali. Klai ini mari kita berkongsi sebahagian mitos tersebut.

MITOS: Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan suatu bentuk perhatian kepada kamu. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.

Fakta: Cemburu ada batasnya. Itu bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap kamu. Malah, si dia berupaya mengongkong kamu agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.

MITOS: Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya. Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana cinta kamu terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.

Fakta: Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu meskipun kamu tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tiada sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan cara menyalahkan diri kamu, pasangan berupaya membela diri dan melemparkan kesalahannya dengan cara melakukan keganasan seksual.

MITOS: Jika si dia mula memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan ke atas diri kamu sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka kamu berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.

Fakta: Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia seringkali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kamu harus waspada kerana janji-janji itu begitu sulit untuk dipercayai.

MITOS: Setelah melakukan kekerasan kepada diri kamu, si dia dilihat semakin mesra. Sehingga adakalanya kamu berserah sahaja segala perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.

Fakta: Ini merupakan salah satu pandangan yang begitu memesongkan. Sekiranya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, dia patut dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan kamu cari.

MITOS: Janji manis. Sekiranya si dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka kamu akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya itu.

Fakta: Hati-hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki di saat dia memaksa kamu melakukan sesuatu untuknya.

MITOS: Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan kamu sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.

Fakta: Tiada seorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri kamu selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan kamu dengan sewenang-wenangnya.

Categories: Uncategorized

Hello world!

October 1, 2008 4 comments

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Categories: Uncategorized